Produk Berkualiti Bersumberkan Gaharu dari Hutan Nusantara
GAHARU adalah resin beraroma atau damar yang dihasilkan oleh POKOK KARAS akibat daripada serangan kulat / bakteria pada bahagian akar, batang atau dahan.
Gaharu yang terbentuk adalah berfungsi sebagai pelindung kepada Pokok Karas.
Terdapat 25 spesis Pokok Karas di hutan khatulistiwa. Antara spesies yang popular adalah: Malaccensis,Subintegra, Sinensis, Crassna.
Dikenali sebagai Agarwood, Eaglewood, Aloeswood, Chen Xiang, Jin Koh, Oud.