INTEGA INDUSTRIES SDN. BHD. (PENGELUAR BAHAN MENTAH GAHARU)
Ditubuhkan pada September 2022 dengan modal RM520,000.00 yang bertempat di Souhville City, Dengkil, Selangor. “iNTEGA” adalah singkatan yang membawa maksud “International Gaharu” dan “Innovation Technology Gaharu”.
Terdapat lebih daripada 30,000 pokok Karas (gaharu) yang diselia dan diuruskan oleh pasukan pengurusan ladang dan pemprosesan gaharu.
Ladang ini dilengkapi dengan 26 dapur rebusan kayu gaharu, makmal uji kaji dan stor penyimpanan.
Jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi membangunkan industri gaharu yang baharu ini adalah sekitar RM7,000,000.
PERINGKAT HULUAN (UPSTREAM):
Fokus kepada pengurusan ladang pokok Karas dan pengeluaran bahan mentah: i. Penghasilan inokulan ii. Kayu gaharu iii. Air sulingan gaharu iv. Minyak gaharu v. Hampas gaharu
INTEGA MARKETING SDN. BHD. (PENGELUAR PRODUK SIAP GAHARU)
Ditubuhkan pada Februari 2025 khusus bagi mengendalikan penjualan dan pemasaran produk siap. Setiap produk siap yang dihasilkan akan melalui fasa “R&D” dan mempunyai kelulusan serta pengesahan daripada barisan penyelidik yang bertauliah.
Peneraju syarikat ini terdiri daripada gabungan: i. Pakar kimia ii. Saintis dan penyelidik iii. Pakar bidang gaharu iv. Formulator yang diiktiraf dunia v. Pasukan pengurusan, pemasaran dan penjualan
PERINGKAT HILIRAN (DOWNSTREAM):
Fokus kepada pengeluaran, penjualan dan pemasaran produk siap berasaskan gaharu: i. Air minuman gaharu berperisa buah-buahan ii. Masker sabun mandian gaharu iii. Wangian gaharu
Produk yang berkualiti tinggi dapat memberi manfaat dan kebaikan dari sudut kesihatan mental dan fizikal yang membawa kepada kehidupan yang lebih baik.
Berkongsi kegembiraan
(Sharing joy)
Kebahagiaan dapat dinikmati dan dikongsi bersama apabila kualiti kesihatan setiap lapisan masyarakat dijaga dengan baik.
Minda yang positif
(Positive mindset)
Pemikiran yang positif dapat memberi impak yang besar kepada kehidupan setiap insan dalam mencapai kejayaan.
Membina Kekayaan
(Building Wealth)
Industri gaharu yang baharu dapat memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat dalam membina pendapatan, kekayaan dan peluang pekerjaan yang stabil.
Pengiktirafan
(Recognition)
Setiap pengorbanan, usaha dan kerja keras dalam membina industri ini perlu dihargai dan mendapat pengiktirafan yang selayaknya.